Thursday, April 9, 2009

Kehidupanku

Aku mempunyai 3 orang anak hasil perkongsian perkahwinanku dengan Isteriku.Anak pertamaku bernama Ahmad Aiman Safuan.Anak Kedua ku bernama Ahmad Iqbal Hakimi Dan anak ketiga bernama Ahmad Dainal Asyraf.Tak sampai lagi sebulan aku akan menerima lagi seorang cahayamata.......suprise....lelaki atau perempuan....dalam scan tempoh hari nampaknya aku akan terima anak lelaki.

Gambar anak keduaku..


anak pertamaku sudah membesar



Gambar anak pertamaku....2





Gambar anak pertamaku





Ku Pohon Doa Untuk Kesejahteraan

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.